Muka Depan

Thursday, June 25, 2009

PESAWAT MIG-29N DILUPUS DENGAN CARA DIJUAL


KUALA LUMPUR: Pesawat MIG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dilupuskan dengan dijual kepada syarikat yang berminat untuk membelinya, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata beberapa syarikat luar negara telah menyatakan minat untuk membeli pesawat tersebut bagi keperluan pertahanan negara masing-masing.

Namun katanya, pihak kementerian perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu bagi mendapatkan kelulusan untuk melupuskan aset pertahanan negara itu.

"Ini kerana beberapa perkara lain perlu juga difikirkan seperti menetapkan harga sesebuah pesawat terbabit sebelum dijual," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman penganjuran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari ini.

Zahid berkata pesawat MIG-29N akan digantikan dengan pesawat pemintas yang lain bagi memperkuatkan TUDM.

TUDM kini memiliki 16 pesawat pejuang MIG-29N.

"Banyak aset dan peralatan pertahanan yang telah melampaui batas usia. Jadi kita mengambil langkah seperti ini dengan menggantikan aset-aset tersebut secara berperingkat bagi memperkuatkan pasukan pertahanan negara," katanya.

Mengulas laporan mengenai kapal Korea Utara yang disyaki membawa kargo yang terlarang berkaitan program nuklear dan senjata, yang dikatakan akan melalui Selat Melaka pada bila-bila masa, Zahid berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah bersiap sedia menghadapi perkara itu.

"Saya telah berbincang tentang perkara itu dengan Panglima Tentera Laut dan Pasukan Tentera Laut Malaysia kini sedang mengumpulkan maklumat melalui risikan bagi mendapatkan kepastian mengenai kapal berkenaan," katanya.

Agensi berita asing melaporkan bahawa kapal kargo ''Kang Nam'' yang mengibarkan bendera Korea Utara sedang menyusuri perlahan-lahan perairan Asia Timur menghala Selat Melaka.

Menurut laporan itu lagi, destinasi kapal itu ialah pelabuhan Thilawa di Myanmar dan ia dikatakan membawa senjata berteknologi rendah tetapi masih berbahaya serta senjata konvensional yang lain. - Bernama

Thursday, May 14, 2009

LAWATAN PTU KE PANGKALAN UDARA KUANTAN

Pada 11 dan 12 Mei 2009, Panglima Tentera Udara telah melakukan lawatan ke Pangkalan Udara Kuantan.




Wednesday, April 29, 2009

UMPAMA SIRIH PULANG KE GANGGANG

Kita sedar bahwa Allah swt itu Maha Perancang. Tiada siapa mengetahui apa yang Allah kehendaki untuk berlaku di masa yang akan datang.

Manusia hanya tahu selepas berlaku sesuatu perkara. Hal ini sama dengan kembalinya Sjn U Mohd Salleh untuk bertugas semula ke Jusen Kuantan yang mana di sini beliau pernah bertugas untuk sekian masa.

Kepada beliau kami warga Jusen Kuantan mengucapkan dan mengalu-alukan 'kepulangan' beliau ke tempat yang pernah beliau mencurahkan bakti.



Sjn U Mohd Risam Bin Samsuri, mengalu-alukan "kepulangan" Sjn U Mohd Salleh untuk kembali bertugas di Jusen Kuantan.

Saturday, April 25, 2009

MAJLIS WALIMATUL URUS OSMAN BIN SAREH DI INDERA MAHKOTA KUANTAN

Pada 25 April 2009 hari Sabtu, kami telah dijemput untuk menghadiri majlis walimatul urus daripada Osman Bin Sareh, bekas anggota JUSEN Kuantan. Majlis itu diadakan di balai bomba Indera Mahkota, kerana keluarga pasangannya bertugas di Indera Mahkota.



Jam 1200 tengahari kami berkumpul di stesen minyak Shell selepas jambatan Bukit Rangin.

Jam 1220 petang kami bertolak ke rumah pengantin.



Jam 1227 petang kami tiba di rumah pengantin. Dekat jee dari tempat berkumpul.

Inilah rumah keluarga bagi anggota yang bertugas di Indera Mahkota, dan majlis itu diadakan di dekat situ juga.



Kedatangan kami telah disambut oleh bapa mertua Osman.



Hadiah kenangan dari pihak JUSEN telah disampaikan oleh Noorhisham Bin Nafi(Tek Ajutan) selaku orang utama dari pihak pengurusan JUSEN.


Bergambar bersama sebagai kenangan abadi.


Acara memotong kek.




Menikmati jamuan.
Pukul 0131 petang kami bertolak balik.

Sebahagian dari rakaman video.





Monday, April 20, 2009

MENGGEMPARKAN KALI 2

Lapang sasar TUDM di Penor perlu pindah kawasan sesuai

BUKTI...Mohd Hakimi (kanan) menunjukkan kelongsong peluru
yang ditemui berhampiran rumahnya di Kampung Hijrah, Kuantan,
kelmarin.

Rujuk :

KUANTAN: Lapang sasar Penor yang menjadi lokasi latihan menembak jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu dipindahkan ke kawasan sesuai bagi menjamin keselamatan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata lapang sasar berusia 30 tahun dalam kawasan penempatan penduduk dan pelancongan Pantai Sepat itu tidak lagi sesuai beroperasi di situ.

Katanya, sebagai wakil rakyat beliau memberi perhatian serius terhadap keselamatan dan keselesaan penduduk terutama yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan.

Menurutnya, perbincangan dengan pihak bertanggungjawab sudah dilakukan untuk memindahkan lapang sasar berkenaan, namun sehingga kini tiada keputusan rasmi dikeluarkan.


“Lapang sasar itu sudah tidak sesuai beroperasi berikutan ia berada dalam kawasan penempatan penduduk Kampung Hijrah selain perumahan Taman Hijrah Perdana yang baru dibina.

“Sebelum kejadian tidak diingini berlaku, lebih baik lapang sasar itu dipindahkan segera ke lokasi sesuai jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.

Beliau mengulas kejadian sebutir kelongsong peluru berukuran 30 milimeter yang dilepaskan jet pejuang Hawk 208 tersasar menembusi atap zink sebuah warung di Kampung Hijrah di sini, kelmarin.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang sekali lagi bertemu Abdul Satar Abdul Latif, 53, semalam dimaklumkan sebutir lagi kelongsong peluru ditemui kira-kira 10 meter dari warungnya.

Abdul Satar berkata, anaknya, Mohd Hakimi Aiman, 8, menemui kelongsong peluru tembaga itu di atas rumput petang Jumaat lalu.

“Jet pejuang Hawk 208 menjadikan ruang udara rumah saya laluan utama untuk melakukan tembakan ke arah sasaran dalam kawasan lapang sasar.

“Faktor itu menyebabkan tiga kelongsong peluru tembaga berukuran 30 milimeter ditemui sekitar rumah termasuk sebutir menembusi zink warung saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun siri latihan serangan jet pejuang TUDM sudah berakhir minggu lalu, namun perasaan bimbang kejadian buruk berlaku pada masa akan datang sentiasa bermain di fikiran.

SILA KLIK PADA KATEGORI UNTUK BACA ARTIKEL LAIN.

Artikel Digemari Oleh Pengunjung