Muka Depan

Wednesday, September 16, 2009

4 ANGGOTA BARU MASUK BERTUGAS

Empat anggota yang baru tamat kursus Juruteknik Senjata dari Institut Teknologi Senjata Letupan (ITSBL), telah melapot diri untuk bertugas di Jusen Pangkalan Udara Kuantan. Anggota tersebut ialah LU I Mohd Imran, LU I Mohd Anwar, LU I Norsam dan LU Anuar

LU I Mohd Imran (dari amri PU Kuantan ke JUSEN PU Kuantan)
LU I Mohd Anwar (dari 17 Skn ke FRS jusen PU Kuantan)

LU I Norsam (dari FRS Jusen PU Kuantan ke amri PU Kuantan)
LU I Anuar (dari 17 Skn ke Amri PU Kuantan)

Sunday, July 19, 2009

SJN U ABDUL AZIZ BERTUGAS DI JUSEN KUANTAN


Kampung asal adalah Temerloh Pahang.

Pernah bertugas di Amri Pangkalan Udara Butterworth dari Julai 2000 sehingga Jun 2006.

Bertugas pula di Jusen Butterworth dari Julai 2006 sehingga Mei 2009.

Kini bertugas di Jusen Pangkalan Udara Kuantan mulai Jun 2009.

"Satu kepuasan dapat bertukar ke Jusen Kuantan kerana dekat dengan keluarga terutama ibu"

Saturday, July 11, 2009

19 BOM LAMA DISANGKA BESI BURUK



Peniaga pasar malam jumpa selonggok bahan letupan di kawasan pantai

KUANTAN: Seorang peniaga pasar malam tidak menyangka selonggok besi buruk yang dikutip berdekatan pantai rekreasi Cheruk Paloh petang kelmarin sebenarnya bom lama yang ditinggalkan di kawasan itu.

Peniaga terbabit, Abdul Malek Daud, 41, dari Kampung Semangat membawa pulang 19 butir bom berkenaan ke rumahnya di Kampung Tanjung Punai, Batu 3 Jalan Gambang dengan hasrat untuk menjualnya sebagai besi buruk.

Bagaimanapun, seorang jirannya ternampak longgokan besi yang dibawa pulangnya dan mendapati besi berkenaan adalah bom lama.

Mereka kemudian melaporkan penemuan itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan selanjutnya.

Berikutan itu, sepasukan anggota polis dari IPD Kuantan dan anggota Unit Pemusnah Bom daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari bergegas ke tempat kejadian.

Pasukan itu menghabiskan masa dua jam meneliti bom berkenaan sebelum mengangkutnya ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda TUDM.

Tiada sebarang kenyataan diberikan berhubung penemuan bom terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff yang dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bom berkenaan.

"Polis belum mengenal pasti jenis bom itu dan kami masih menyiasat. Bom itu akan diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom selepas siasatan selesai," katanya.

Abdul Malek yang ditemui di rumahnya berkata, beliau bersama anaknya Amira Syuhada, 3, pergi ke taman rekreasi itu petang kelmarin.

"Saya ternampak longgokan besi lama itu berdekatan kawasan semak lalu memutuskan untuk membawa pulang sebelum dijual sebagai besi buruk.

"Memang ia kelihatan seperti bom tetapi saya tidak sangka itu bom kerana ia berkarat dan seperti sudah lama terbiar," katanya.

Katanya, beliau kemudian mengangkat bom berkenaan yang dianggarkan seberat kira-kira 10 kilogram setiap satu ke dalam kenderaan pacuan empat rodanya.

Beliau bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku ketika membawa bom berkenaan.

Tuesday, July 7, 2009

KPL U YUSRI BERTUGAS DI JUSEN



720770 Kpl U Yusri Bin Abdul Hamid telah bertugas masuk ke Flait Rawatan Senjata JUSEN Pangkalan Udara Kuantan pada 1 Januari 2009 daripada amri Skn 320 Pangkalan Udara Labuan.

SELAMAT DATANG.

Thursday, June 25, 2009

PESAWAT MIG-29N DILUPUS DENGAN CARA DIJUAL


KUALA LUMPUR: Pesawat MIG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dilupuskan dengan dijual kepada syarikat yang berminat untuk membelinya, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata beberapa syarikat luar negara telah menyatakan minat untuk membeli pesawat tersebut bagi keperluan pertahanan negara masing-masing.

Namun katanya, pihak kementerian perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu bagi mendapatkan kelulusan untuk melupuskan aset pertahanan negara itu.

"Ini kerana beberapa perkara lain perlu juga difikirkan seperti menetapkan harga sesebuah pesawat terbabit sebelum dijual," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman penganjuran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari ini.

Zahid berkata pesawat MIG-29N akan digantikan dengan pesawat pemintas yang lain bagi memperkuatkan TUDM.

TUDM kini memiliki 16 pesawat pejuang MIG-29N.

"Banyak aset dan peralatan pertahanan yang telah melampaui batas usia. Jadi kita mengambil langkah seperti ini dengan menggantikan aset-aset tersebut secara berperingkat bagi memperkuatkan pasukan pertahanan negara," katanya.

Mengulas laporan mengenai kapal Korea Utara yang disyaki membawa kargo yang terlarang berkaitan program nuklear dan senjata, yang dikatakan akan melalui Selat Melaka pada bila-bila masa, Zahid berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah bersiap sedia menghadapi perkara itu.

"Saya telah berbincang tentang perkara itu dengan Panglima Tentera Laut dan Pasukan Tentera Laut Malaysia kini sedang mengumpulkan maklumat melalui risikan bagi mendapatkan kepastian mengenai kapal berkenaan," katanya.

Agensi berita asing melaporkan bahawa kapal kargo ''Kang Nam'' yang mengibarkan bendera Korea Utara sedang menyusuri perlahan-lahan perairan Asia Timur menghala Selat Melaka.

Menurut laporan itu lagi, destinasi kapal itu ialah pelabuhan Thilawa di Myanmar dan ia dikatakan membawa senjata berteknologi rendah tetapi masih berbahaya serta senjata konvensional yang lain. - Bernama

SILA KLIK PADA KATEGORI UNTUK BACA ARTIKEL LAIN.

Artikel Digemari Oleh Pengunjung