Muka Depan

Tuesday, July 27, 2010

PULANGNYA BUNGA BANGSA

PULANGNYA bunga bangsa apabila tuhan menjemputnya. Dalam bulan Julai 2010, telah tercatatnya sejarah bahwa TUDM keguguran bunganya. Bermakna setangkai lagi bunga TUDM telah hilang dari taman keharumannya.

Al Fatihah untuk mu wahai bunga bangsa.


NORANIZA Zakaria (kanan) tidak dapat menahan kesedihan sewaktu jenazah suaminya, Hasnizam Ab. Wahid gambar kecil) dibawa ke rumah mertuanya di Jalan Peserai Kecil, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor awal pagi 27 Julai. Hasnizam terbunuh ketika menjalani latihan payung terjun. - Utusan/HAMDAN TAWADI















JERTIH: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan

Seorang lagi anggota PASKAU, Laskar Udara Kanan Mohd Eddy Effendy, 22, pula cedera ringan selepas dikatakan mendarat di atas bumbung blok kediaman pangkalan itu.

Kedua-dua anggota terbabit adalah sebahagian daripada 26 anggota PASKAU yang menyertai Kursus Terjun Statik Tempur Siri 1/2010. Menurut sumber, Hasnizam yang ditemui cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan, dikejarkan ke Hospital Besut tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 3.59 petang. Mangsa berasal dari Simpang Lima, Batu Pahat, Johor dan sudah tujuh tahun berkhidmat dengan PASKAU. Sementara itu, Mohd Eddy diberi rawatan pesakit luar di hospital sama sebelum dibenarkan keluar, kira-kira jam 3.30 petang. Bagaimanapun, kenyataan Unit Komunikasi Korporat TUDM yang dikeluarkan di Kuala Lumpur tidak menyebut insiden membabitkan Mohd Eddy. Dalam kenyataan itu, TUDM hanya mengesahkan Hasnizam maut dalam insiden ketika menjalani latihan penerjunan dan satu lembaga siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dari Pangkalan Udara Gong Kedak, kira-kira jam 9 malam tadi menggunakan pesawat pengangkut, C-130H sebelum dibawa menggunakan jalan darat ke kampungnya di Jalan Peserai Kecil, Simpang Lima, Batu Pahat untuk dikebumikan.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Komandomautpayungterjungagalterbuka/Article/

No comments:

Post a Comment

SILA KLIK PADA KATEGORI UNTUK BACA ARTIKEL LAIN.

Artikel Digemari Oleh Pengunjung