Muka Depan

Thursday, July 29, 2010

TERLIHAT

Foto ini saya rakamkan pada pagi Jumaat 30 Julai 2010 sekitar jam 0955 pagi. Lokasi di sebuah kedai cina di Jaya Gading.

Agak-agak anda siapakah di dalam foto tersebut ?

Sila berikan jawapan anda di ruang komen di bawah.



Tuesday, July 27, 2010

PULANGNYA BUNGA BANGSA

PULANGNYA bunga bangsa apabila tuhan menjemputnya. Dalam bulan Julai 2010, telah tercatatnya sejarah bahwa TUDM keguguran bunganya. Bermakna setangkai lagi bunga TUDM telah hilang dari taman keharumannya.

Al Fatihah untuk mu wahai bunga bangsa.


NORANIZA Zakaria (kanan) tidak dapat menahan kesedihan sewaktu jenazah suaminya, Hasnizam Ab. Wahid gambar kecil) dibawa ke rumah mertuanya di Jalan Peserai Kecil, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor awal pagi 27 Julai. Hasnizam terbunuh ketika menjalani latihan payung terjun. - Utusan/HAMDAN TAWADI















JERTIH: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan

Seorang lagi anggota PASKAU, Laskar Udara Kanan Mohd Eddy Effendy, 22, pula cedera ringan selepas dikatakan mendarat di atas bumbung blok kediaman pangkalan itu.

Kedua-dua anggota terbabit adalah sebahagian daripada 26 anggota PASKAU yang menyertai Kursus Terjun Statik Tempur Siri 1/2010. Menurut sumber, Hasnizam yang ditemui cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan, dikejarkan ke Hospital Besut tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 3.59 petang. Mangsa berasal dari Simpang Lima, Batu Pahat, Johor dan sudah tujuh tahun berkhidmat dengan PASKAU. Sementara itu, Mohd Eddy diberi rawatan pesakit luar di hospital sama sebelum dibenarkan keluar, kira-kira jam 3.30 petang. Bagaimanapun, kenyataan Unit Komunikasi Korporat TUDM yang dikeluarkan di Kuala Lumpur tidak menyebut insiden membabitkan Mohd Eddy. Dalam kenyataan itu, TUDM hanya mengesahkan Hasnizam maut dalam insiden ketika menjalani latihan penerjunan dan satu lembaga siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai dari Pangkalan Udara Gong Kedak, kira-kira jam 9 malam tadi menggunakan pesawat pengangkut, C-130H sebelum dibawa menggunakan jalan darat ke kampungnya di Jalan Peserai Kecil, Simpang Lima, Batu Pahat untuk dikebumikan.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Komandomautpayungterjungagalterbuka/Article/

Wednesday, July 21, 2010

TAHAP LATIHAN PERBARISAN TENTERA CINA 2

TAHAP LATIHAN PERBARISAN TENTERA CINA 1

Thursday, July 8, 2010

Bengkel Blog

Kepada semua ahli Kelab ICT JUSEN Kuantan, adalah dimaklumkan bahawa satu bengkel untuk mempelajari bagaimana membina blog dan mempelajari bagaimana mendapatkan duit dengan blog akan diadakan pada waktu dan tempat seperti di bawah.

Program : Bagaimana membina blog dan bagaimana mendapatkan duit dengan blog ?

Tempat : Bilik Kuliah FRS JUSEN Kuantan

Hari : Jumaat

Masa : 0430 Petang hingga 0530 Petang

Sebarang pertanyaan melalui e mel : irbas71@yahoo.com

Saturday, July 3, 2010

HARI KELUARGA CAWANG KEJURUTERAAN 3 JULAI 2010 SABTU

Acara membaling bowling buah kelapa.

Urussetia sedang sibuk berurus setia.

Acara sambut belon berisi air berpasangan.














Acara mewarna untuk kanak-kanak.


Bola pantai


Agak-agak siapa yang nak tarik pasangan ini !

SILA KLIK PADA KATEGORI UNTUK BACA ARTIKEL LAIN.

Artikel Digemari Oleh Pengunjung