Muka Depan

Wednesday, April 29, 2009

UMPAMA SIRIH PULANG KE GANGGANG

Kita sedar bahwa Allah swt itu Maha Perancang. Tiada siapa mengetahui apa yang Allah kehendaki untuk berlaku di masa yang akan datang.

Manusia hanya tahu selepas berlaku sesuatu perkara. Hal ini sama dengan kembalinya Sjn U Mohd Salleh untuk bertugas semula ke Jusen Kuantan yang mana di sini beliau pernah bertugas untuk sekian masa.

Kepada beliau kami warga Jusen Kuantan mengucapkan dan mengalu-alukan 'kepulangan' beliau ke tempat yang pernah beliau mencurahkan bakti.



Sjn U Mohd Risam Bin Samsuri, mengalu-alukan "kepulangan" Sjn U Mohd Salleh untuk kembali bertugas di Jusen Kuantan.

Saturday, April 25, 2009

MAJLIS WALIMATUL URUS OSMAN BIN SAREH DI INDERA MAHKOTA KUANTAN

Pada 25 April 2009 hari Sabtu, kami telah dijemput untuk menghadiri majlis walimatul urus daripada Osman Bin Sareh, bekas anggota JUSEN Kuantan. Majlis itu diadakan di balai bomba Indera Mahkota, kerana keluarga pasangannya bertugas di Indera Mahkota.



Jam 1200 tengahari kami berkumpul di stesen minyak Shell selepas jambatan Bukit Rangin.

Jam 1220 petang kami bertolak ke rumah pengantin.



Jam 1227 petang kami tiba di rumah pengantin. Dekat jee dari tempat berkumpul.

Inilah rumah keluarga bagi anggota yang bertugas di Indera Mahkota, dan majlis itu diadakan di dekat situ juga.



Kedatangan kami telah disambut oleh bapa mertua Osman.



Hadiah kenangan dari pihak JUSEN telah disampaikan oleh Noorhisham Bin Nafi(Tek Ajutan) selaku orang utama dari pihak pengurusan JUSEN.


Bergambar bersama sebagai kenangan abadi.


Acara memotong kek.




Menikmati jamuan.
Pukul 0131 petang kami bertolak balik.

Sebahagian dari rakaman video.





Monday, April 20, 2009

MENGGEMPARKAN KALI 2

Lapang sasar TUDM di Penor perlu pindah kawasan sesuai

BUKTI...Mohd Hakimi (kanan) menunjukkan kelongsong peluru
yang ditemui berhampiran rumahnya di Kampung Hijrah, Kuantan,
kelmarin.

Rujuk :

KUANTAN: Lapang sasar Penor yang menjadi lokasi latihan menembak jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu dipindahkan ke kawasan sesuai bagi menjamin keselamatan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata lapang sasar berusia 30 tahun dalam kawasan penempatan penduduk dan pelancongan Pantai Sepat itu tidak lagi sesuai beroperasi di situ.

Katanya, sebagai wakil rakyat beliau memberi perhatian serius terhadap keselamatan dan keselesaan penduduk terutama yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan.

Menurutnya, perbincangan dengan pihak bertanggungjawab sudah dilakukan untuk memindahkan lapang sasar berkenaan, namun sehingga kini tiada keputusan rasmi dikeluarkan.


“Lapang sasar itu sudah tidak sesuai beroperasi berikutan ia berada dalam kawasan penempatan penduduk Kampung Hijrah selain perumahan Taman Hijrah Perdana yang baru dibina.

“Sebelum kejadian tidak diingini berlaku, lebih baik lapang sasar itu dipindahkan segera ke lokasi sesuai jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.

Beliau mengulas kejadian sebutir kelongsong peluru berukuran 30 milimeter yang dilepaskan jet pejuang Hawk 208 tersasar menembusi atap zink sebuah warung di Kampung Hijrah di sini, kelmarin.

Sementara itu, wartawan Harian Metro yang sekali lagi bertemu Abdul Satar Abdul Latif, 53, semalam dimaklumkan sebutir lagi kelongsong peluru ditemui kira-kira 10 meter dari warungnya.

Abdul Satar berkata, anaknya, Mohd Hakimi Aiman, 8, menemui kelongsong peluru tembaga itu di atas rumput petang Jumaat lalu.

“Jet pejuang Hawk 208 menjadikan ruang udara rumah saya laluan utama untuk melakukan tembakan ke arah sasaran dalam kawasan lapang sasar.

“Faktor itu menyebabkan tiga kelongsong peluru tembaga berukuran 30 milimeter ditemui sekitar rumah termasuk sebutir menembusi zink warung saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun siri latihan serangan jet pejuang TUDM sudah berakhir minggu lalu, namun perasaan bimbang kejadian buruk berlaku pada masa akan datang sentiasa bermain di fikiran.

Friday, April 17, 2009

KELONSONG PELURU PESAWAT HAWK JATUH DI KAMPUNG HIJRAH PENOR



Warung tembus
Oleh Mohd Rafi Mamat



Penduduk Kampung Hijrah, dekat Pekan, yang sering dihujani ‘peluru sesat’ kini semakin bimbang selepas kejadian terbaru apabila empat peluru milik pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jatuh tersesat ke tempat awam dengan satu menembusi warung seorang peniaga di kampung berkenaan.Kejadian peluru sesat seperti itu sering berlaku di kawasan itu sebelum ini, apabila beberapa nelayan menemui kelongsong peluru dalam pukat mereka.

Difahamkan, keadaan itu berlaku berikutan kewujudan lapang sasar milik TUDM di kampung itu sejak 30 tahun lalu dan kelongsong peluru pesawat yang tersasar itu sering terkena ternakan penduduk selain jatuh berhampiran kediaman penduduk.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang peniaga, Abdul Satar Abdul Latif nyaris maut apabila sebutir kelongsong peluru berukuran 30 milimeter yang digugurkan pesawat pejuang, Hawk 208 tersasar hingga menembusi atap zink warung mangsa.Kejadian kira-kira 4.30 petang itu berlaku apabila kelongsong peluru diperbuat daripada tembaga itu turut menembusi kerusi plastik dalam warung berkenaan.
Menceritakan semula kejadian itu, Abdul Satar berkata, selepas kira-kira sepuluh minit, dia dan isteri meninggalkan warung untuk makan bersama keluarga di rumah, tiba-tiba sebuah pesawat melalui ruang udara di kawasan itu diikuti satu letupan kuat kedengaran.“Tidak lama selepas letupan, terdengar bunyi seperti objek keras menembusi atap zink warung dan apabila diteliti mendapati sebutir kelongsong peluru terjatuh di lantai.“Kelongsong peluru itu turut menembusi kerusi plastik di warung ini,” katanya yang bersyukur kerana ketika kejadian dia dan isteri tiada di premis berkenaan.

Menurutnya, pada masa sama, dua kelongsong peluru jenis sama hampir terkena kereta seorang pemandu yang berhenti di perumahan Taman Hijrah Perdana.Bagaimanapun, mangsa tidak membuat sebarang laporan kerana sudah biasa dengan kejadian seperti itu.
Katanya, anaknya turut menemui sebutir kelongsong peluru di depan warungnya dilepaskan pesawat sama mengikuti siri latihan berakhir semalam.“Kejadian berlaku kerana warung saya terlalu hampir dengan lapang sasar berkenaan dan berharap Kementerian Pertahanan dapat menutup lapang sasar itu bagi menjamin keselamatan penduduk,” katanya.

Ketua Kampung Hijrah, Kamarulzaman Zainal, berkata pihaknya sudah menulis surat kepada kerajaan negeri meminta lapang sasar itu dipindahkan.“Sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku, lebih baik lapang sasar itu dipindahkan ke kawasan jauh daripada penempatan penduduk.“Tidak mustahil kejadian lebih buruk berlaku pada masa depan jika usaha menutup lapang sasar berkenaan tidak dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Bahagian Perhubungan Awam TUDM ketika dihubungi mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kelongsong peluru yang terjatuh di sekitar kawasan Kampung Hijrah, Penor, kelmarin milik pesawat pasukan keselamatan itu.
Kenyataan empat perenggan itu memaklumkan kelongsong peluru itu terjatuh ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan di kawasan Lapang Sasar Penor iaitu kawasan latihan tembakan dari udara ke bumi bagi pesawat pejuang TUDM.

Menurut kenyataan itu, TUDM kini melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian itu boleh berlaku.“Siasatan segenap aspek akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian itu,” katanya.

Wednesday, April 8, 2009

PEMAKAIAN PANGKAT SJN U







Perbarisan pemakaian pangkat Sjn U kepada Kpl Noorhisham, Kpl M Risam dan Kpl U Hafizul pada 7 April 2009.

Pemakaian pangkat ini telah disempurnakan oleh Ketua Cawang Kejuruteraan.





























































SILA KLIK PADA KATEGORI UNTUK BACA ARTIKEL LAIN.

Artikel Digemari Oleh Pengunjung