Thursday, December 10, 2009
Saturday, October 3, 2009
MAJLIS JASA MU DI KENANG
Pada 2 Oktober 2009 pagi Jumaat, satu majlis jasamu dikenang untuk LU Fakrulrazi Gun Bay FRS, LU Lawrance Carrier Bay FRS, LU Faizul Amri dan LU Gary Amri telah diadakan di kantin JUSEN. Tujuan majlis ini diadakan sebagai mengenang segala jasa bakti yang telah dicurahkan di JUSEN.
Majlis ini juga merangkap sebagai majlis sambutan hari raya puasa. Semua staf dari setiap bay sama ada dari TUDM atau swasta telah dijemput hadir.
Wednesday, September 16, 2009
4 ANGGOTA BARU MASUK BERTUGAS
Empat anggota yang baru tamat kursus Juruteknik Senjata dari Institut Teknologi Senjata Letupan (ITSBL), telah melapot diri untuk bertugas di Jusen Pangkalan Udara Kuantan. Anggota tersebut ialah LU I Mohd Imran, LU I Mohd Anwar, LU I Norsam dan LU Anuar

LU I Mohd Imran (dari amri PU Kuantan ke JUSEN PU Kuantan)
LU I Mohd Anwar (dari 17 Skn ke FRS jusen PU Kuantan)
LU I Norsam (dari FRS Jusen PU Kuantan ke amri PU Kuantan)
LU I Anuar (dari 17 Skn ke Amri PU Kuantan)
Sunday, July 19, 2009
SJN U ABDUL AZIZ BERTUGAS DI JUSEN KUANTAN
Kampung asal adalah Temerloh Pahang.
Pernah bertugas di Amri Pangkalan Udara Butterworth dari Julai 2000 sehingga Jun 2006.
Bertugas pula di Jusen Butterworth dari Julai 2006 sehingga Mei 2009.
Kini bertugas di Jusen Pangkalan Udara Kuantan mulai Jun 2009.
"Satu kepuasan dapat bertukar ke Jusen Kuantan kerana dekat dengan keluarga terutama ibu"
Saturday, July 11, 2009
19 BOM LAMA DISANGKA BESI BURUK

Peniaga pasar malam jumpa selonggok bahan letupan di kawasan pantai
KUANTAN: Seorang peniaga pasar malam tidak menyangka selonggok besi buruk yang dikutip berdekatan pantai rekreasi Cheruk Paloh petang kelmarin sebenarnya bom lama yang ditinggalkan di kawasan itu.
Peniaga terbabit, Abdul Malek Daud, 41, dari Kampung Semangat membawa pulang 19 butir bom berkenaan ke rumahnya di Kampung Tanjung Punai, Batu 3 Jalan Gambang dengan hasrat untuk menjualnya sebagai besi buruk.
Bagaimanapun, seorang jirannya ternampak longgokan besi yang dibawa pulangnya dan mendapati besi berkenaan adalah bom lama.
Mereka kemudian melaporkan penemuan itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan selanjutnya.
Berikutan itu, sepasukan anggota polis dari IPD Kuantan dan anggota Unit Pemusnah Bom daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari bergegas ke tempat kejadian.
Pasukan itu menghabiskan masa dua jam meneliti bom berkenaan sebelum mengangkutnya ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda TUDM.
Tiada sebarang kenyataan diberikan berhubung penemuan bom terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff yang dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bom berkenaan.
"Polis belum mengenal pasti jenis bom itu dan kami masih menyiasat. Bom itu akan diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom selepas siasatan selesai," katanya.
Abdul Malek yang ditemui di rumahnya berkata, beliau bersama anaknya Amira Syuhada, 3, pergi ke taman rekreasi itu petang kelmarin.
"Saya ternampak longgokan besi lama itu berdekatan kawasan semak lalu memutuskan untuk membawa pulang sebelum dijual sebagai besi buruk.
"Memang ia kelihatan seperti bom tetapi saya tidak sangka itu bom kerana ia berkarat dan seperti sudah lama terbiar," katanya.
Katanya, beliau kemudian mengangkat bom berkenaan yang dianggarkan seberat kira-kira 10 kilogram setiap satu ke dalam kenderaan pacuan empat rodanya.
Beliau bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku ketika membawa bom berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA KLIK PADA KATEGORI UNTUK BACA ARTIKEL LAIN.
Artikel Digemari Oleh Pengunjung
-
Pameran dari PUSPEKA Jurugambar Pangkalan Udara Kuantan Pameran No 6 Skn Pasangan yang bertuah kerana tarikh persandingan mereka berbetulan ...
-
Agaknya siapa "budak sekolah" yang datang buat "lawatan" sambil belajar di JUSEN. Cuba anda teka. Berikan jawapan anda d...
-
KUANTAN – Perbarisan Serah Menyerah Komander Pangkalan Udara Kuantan telah diadakan di Perkarangan Hangar Cawang Kejuruteraan dengan disak...
-
Acara membaling bowling buah kelapa. Urussetia sedang sibuk berurus setia. Acara sambut belon berisi air berpasangan. Acara mewarna untuk ka...
-
Pada pendapat anda, apakah merbahayanya kalau topi itu lupa diambilbalik dari air intake itu ? Bersambung ke siri 2...
-
Pada 23 September 2010 hari Khamis satu majlis jamuan hari raya telah diadakan oleh pihak Pangkalan Udara Kuantan. Pembahagian tugas telah d...
-
Pada April 2010 satu majlis pemakaian pangkat dari LUK kepada Kopral Udara telah berlangsung di Cawang Kejuruteraan untuk saudara Rozaimi Bi...
-
Ahli terbaru sehingga tarikh 3 ogos 2011. Jam 0219 Petang Rabu 18) Esea Ahli baru yang menyertai Kelab ICT JUSEN. 3 ogos 2011. Jam 1221 Peta...
-
Akhirnya riwayat pokok dihadapan pejabat JUSEN ini, telah habis dengan sempurna pada Januari 2011.