Muka Depan

Saturday, April 30, 2011

PUKTN – Jabatan Perdana Menteri Melawat Pangkalan Udara Kuantan


KUANTAN – Seramai 53 Ahli Lembaga Penasihat termasuk Urusetia Lembaga yang diketuai oleh Tuan Abdul Aziz b Khalidin melawat Pangkalan Udara Kuantan. Rombongan telah diberi Taklimat Operasi yang disampaikan oleh.......

(Baca Selanjutnya)

Pusat Simulator Su-30MKM Pertama Di Asia Tenggara

GONG KEDAK – Majlis Perasmian Pusat Simulator telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YBhg Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Majlis ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM dan Pengerusi Eksekutif Hei Tech Padu Berhad, YBhg. Dato’ Mohd Hilmey Mohd Taib. Majlis telah diisi dengan.....

(Baca selanjutnya)

Brig Jen Mohammad Salleh TUDM Terajui Pangkalan Udara Kuantan

KUANTAN – Perbarisan Serah Menyerah Komander Pangkalan Udara Kuantan telah diadakan di Perkarangan Hangar Cawang Kejuruteraan dengan disaksikan oleh YBhg Panglima No 1 Divisyen Udara Mej Jen Dato’ Ansar Ali Majeth TUDM. Pegawai-Pegawai Memerintah, Ketua-Ketua Cawang, Pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta anggota Pangkalan Udara Kuantan dan kakitangan awam telah terlibat bagi menjayakan perbarisan ini. Perbarisan dimulai dengan ketibaan dan ucapan oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Kol Hj Ibrahim b Hashim TUDM, disusuli dengan ketibaan bakal Komander Pangkalan Udara Kuantan Brig Jen Mohammad Salleh b Hj Osman TUDM dan Panglima No 1 Divisyen. Majlis seterusnya diteruskan dengan.......

(Baca selanjutnya)

Golf Persahabatan Eratkan Hubungan



KUANTAN – Pertandingan Persahabatan Piala Parlimen Pekan telah diadakan di Kelab Rekreasi TUDM (KRTU) Pangkalan Udara Kuantan. Seramai 72 orang peserta telah terlibat bagi menjayakan pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah disertai oleh Pasukan daripada Kelab Rekreasi Tentera Udara Pangkalan Udara Kuantan, Kelab Rekreasi Indera Kuantan (KRIK) dan Pasukan DUN Pekan. Pertandingan ini diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib b Hj Tun Abdul Razak. Pemenang tempat pertama telah dimenangi oleh.......

(Baca lebih lanjut)

Sunday, April 3, 2011

Kelab ICT JUSEN (Syarat Keahlian)

Untuk menyertai Kelab ICT JUSEN, syarat yang perlu dipenuhi ialah;

1. mempunyai laptop sendiri.

2. mengisi borang keahlian.

3. bergambar dengan laptop anda dan mengizinkan untuk dimasukkan ke dalam blog JUSEN.

4. membayar yuran keahlian RM10 seumur hidup.

PERHATIAN : Wang ini digunakan untuk membeli alat wire less yang baru. Jika yang sedia ada rosak.

Kelab ICT JUSEN (Faedah Keahlian)

Faedah menyertai Kelab ICT JUSEN Kuantan adalah seperti berikut;

KEAHLIAN BERBAYAR
1. setiap ahli berpeluang untuk diajar cara-cara menguruskan(setting) laptop dengan betul, iaitu untuk melajukan laptop, untuk melajukan FireFox dan untuk melajukan Shut Down laptop.

2. setiap ahli berpeluang untuk belajar membaiki laptop.(Bayaran dikenakan untuk kos penggantian hardware yang rosak sahaja).

3. setiap ahli berpeluang menikmati bantuan nasihat. Dalam menyelesaikan masalah laptop masing-masing.

3. setiap ahli akan berpeluang untuk menikmati keistimewaan yang akan dimaklumkan dari masa
ke semasa.

PERHATIAN: Semua faedah di atas adalah PERCUMA.

KEAHLIAN TIDAK BERBAYAR

1. setiap ahli berpeluang untuk menggunakan WiFi internet SAHAJA.

SILA KLIK PADA KATEGORI UNTUK BACA ARTIKEL LAIN.

Artikel Digemari Oleh Pengunjung